ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Jun 2023.

1. Amazon tambah pelaburan berjumlah US$15 bilion di India

Gergasi e-dagang Amazon pada Sabtu mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak US$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada US$26 bilion, lapor Xinhua.


2. Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata persengketaan antara tentera Rusia dan tentera upahan Wagner menunjukkan bahawa "pencerobohan terhadap Ukraine juga membawa kepada ketidakstabilan dalam Persekutuan Rusia".


3. Taiwan kesan 19 pesawat China, 5 kapal pada Sabtu

Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya mengesan 19 pesawat dan lima kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghampiri pulau itu pada Sabtu, lapor Sputnik.


4. Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).


5. Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera

Sebuah pesawat Cathay Pacific membatalkan prosedur berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akibat gangguan isyarat pada awal pagi Sabtu, menyebabkan 11 penumpang cedera semasa pemindahan kecemasan.


6. AS pantau situasi di Rusia ekoran ketegangan meningkat antara Kremlin, Wagner

Amerika Syarikat (AS) kini memantau situasi dan perkembangan di Rusia sejajar dengan ketegangan yang meningkat antara Kremlin dan ketua Wagner iaitu kumpulan separa tentera Rusia.


7. Biden 'optimis' mengenai usaha Sweden jadi ahli NATO - White House

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden "optimis" bahawa usaha Sweden untuk menyertai pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan diluluskan, menurut Rumah Putih pada Jumaat.


8. Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan

Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bahawa pihaknya akan menyiasat insiden kapal selam Titan, sementara Kanada pula akan menyiasat tindakan Polar Prince, kapal Kanada yang menunda kapal selam malang itu ke lokasi Titanic di Lautan Atlantik, lapor Anadolu.


9. Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) OceanGate, Stockton Rush dilaporkan berulang kali mengabaikan peringatan mengenai ciri-ciri keselamatan kapal selam Titan OceanGate, dalam e-mel beliau dengan pakar penyelidikan laut dalam terkemuka, Rob McCallum.


10. 37 migran hilang selepas kapal karam antara Tunisia dan Itali - PBB

Seramai 37 pendatang asing dilaporkan hilang setelah kapal dinaiki mereka terbalik antara Tunisia dan Pulau Lampedusa, Itali, kata Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), pada Jumaat.