awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan kesan 19 pesawat China, 5 kapal pada Sabtu

Bernama
Bernama
24/06/2023
11:35 MYT
Taiwan kesan 19 pesawat China, 5 kapal pada Sabtu
Tentera Taiwan juga mendapati lima kapal tentera laut China sedang menjalankan rondaan tempur bersama. -Gambar hiasan/Reuters
MOSCOW: Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya mengesan 19 pesawat dan lima kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghampiri pulau itu pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Sejak 08:00 (UTC+8) (00:00 GMT) hari ini (24 Jun), Angkatan Tentera (Taiwan) mengesan 19 pesawat PLA (termasuk J-10, J-16), lapan melintasi garisan median Selat Taiwan dan menghampiri garisan 24 batu nautika," menurut kementerian itu di Twitter.
Tentera Taiwan juga mendapati lima kapal tentera laut China sedang menjalankan rondaan tempur bersama.
Terdahulu pada Sabtu, kementerian pertahanan Taiwan memaklumkan bahawa lima kapal China dan lapan pesawat termasuk helikopter Z-9 ASW, telah dikesan berhampiran pulau itu antara 6 pagi pada 23 Jun dan 6 pagi pada 24 Jun.
Ketegangan di sekitar Taiwan berlaku pada April selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy.
Beijing bertindak balas dengan melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran selama tiga hari berhampiran pulau itu sebagai "amaran" kepada kumpulan pemisah Taiwan dan kuasa asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tentera Laut
#Kementerian Pertahanan Taiwan
#Tentera Pembebasan Rakyat China
#PLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan