Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Jun 2023.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan perbuatan provokatif membakar Kitab Suci Al-Quran di Stockholm pada Rabu.
2. Sekatan, pengunduran syarikat asing tidak ranapkan pasaran Rusia - Putin
Pasaran Rusia tidak terjejas selepas sekatan dan pengunduran syarikat-syarikat asing, malah memberi kesan sebaliknya, kata Presiden Vladimir Putin pada Khamis.
Kementerian Luar berjaya mengenal pasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dijadual mengadakan mesyuarat tergempar ekoran rusuhan yang berterusan akibat kejadian polis menembak mati seorang remaja pada tiga hari lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada minggu hadapan untuk berbincang mengenai isu membakar kitab suci al-Quran di Stockholm Rabu lepas semasa umat Islam membuat persiapan meraikan Aidiladha.
Menetap dan bekerja di Australia kini lebih mudah bagi berjuta-juta rakyat Britain mulai Sabtu apabila had umur bekerja untuk visa cuti bekerja dinaikkan, lapor PA Media/dpa.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan satu lagi suntikan tunai kepada Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sekurang-kurangnya sembilan ahli keluarga terbunuh dalam serangan bersenjata di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
Lebih 2,000 jemaah haji mengalami keletihan haba ketika menunaikan ibadah haji tahun ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

