ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Julai 2023.

1. Angka korban kemusnahan Empangan Kakhovka meningkat 55 orang

Angka kematian akibat banjir di wilayah Kherson yang dikuasai Rusia akibat kemusnahan empangan Kakhovka telah mencecah 55 orang.

2. Piala Dunia Wanita: Australia sambut baik keputusan kibar bendera peribumi

Bendera Aboriginal and Torres Strait Islander akan berkibar dengan bendera kebangsaan Australia manakala bendera Maori dinaikkan bersama New Zealand

3. Korea Selatan akan ambil lebih ramai pekerja asing di tengah-tengah krisis populasi

Korea Selatan akan mencari jalan untuk mengambil lebih ramai pekerja asing, susulan masalah kadar kelahiran yang rendah dan kekurangan tenaga kerja.

4. Vietnam larang guna produk dengan peta "garisan sembilan sempang"

Usaha mempopularkan dan menggunakan penerbitan dan produk mengandungi peta "garisan sembilan sempang" di Vietnam melanggar undang-undang dan tidak diterima di negara itu.

5. Dokumen rahsia kerajaan AS: Pembantu Trump mengaku tidak bersalah

Penasihat kepada bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Walt Nauta yang turut didakwa berhubung pengendalian dokumen rahsia kerajaan mengaku tidak bersalah.

6. Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan

Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan telah meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.

7. OceanGate tangguh semua operasi eksplorasi, komersial susulan kecelakaan Titan

OceanGate pada Khamis menerusi laman sesawangnya mengumumkan bahawa "semua operasi eksplorasi dan komersial" syarikat itu akan ditangguhkan.

8. Ribut pasir, lebih 800 penduduk Iran dikejarkan ke hospital

Sebanyak 833 orang penduduk Sistan dan Baluchestan dirujuk ke pusat perubatan di wilayah tenggara Iran sejak lima hari lalu akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh ribut pasir.

9. India tolak keputusan Tribunal Hague babitkan pertikaian dengan Pakistan

Katanya, Tribunal Hague tiada kompetensi untuk mempertimbangkan perkara berkaitan projek hidroelektrik Kishenganga dan Ratle.

10. Bakar al-Quran di Sweden: Iraq keluar waran tangkap terhadap Salwan Momika

Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Interpol terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq yang membakar Al-Quran di Sweden.