Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 11, 2023 15:43 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Julai 2023.
1. Semakan fakta di platform Threads belum dilaksanakan - Eksekutif Meta
Josh Machin memberitahu jawatankuasa Parlimen di Australia bahawa pihaknya masih belum memutuskan waktu yang tepat bagi pelaksanaan semakan fakta di platform Threads.
2. Perkhidmatan Rahsia AS akan sampaikan taklimat kepada Kongres tentang penemuan kokain di White House
Pada 2 Julai, serbuk putih ditemui di White House dan ujian awal mendapati bahan itu mengandungi kokain.
3. Jokowi jangka pelaburan akan tingkatkan trafik di Lapangan Terbang Kertajati
Sehingga 28 Mei 2023, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati berfungsi sebagai pusat pelepasan jemaah haji dan umrah di Jawa Barat.
4. Helikopter bawa 6 penumpang terhempas di Nepal
Helikopter malang milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu.
5. China gesa Asean bantah pelepasan air loji Fukushima Jepun - Laporan
China menggesa negara anggota ASEAN membantah rancangan Jepun melepaskan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang dilanda bencana.
6. Ukraine akan sertai NATO selepas perang dengan Rusia tamat - Zelensky
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melahirkan keyakinan bahawa negaranya akan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas peperangan dengan Rusia berakhir.
7. Sidang kemuncak NATO berlangsung di Vilnius, Lithuania
Ia akan mengambil langkah penting dengan menerima pakai tiga rancangan pertahanan serantau baharu bagi menentang dua ancaman utama kepada NATO - Rusia dan keganasan.
8. Suhu panas melampau sekali lagi landa selatan Sepanyol
Amaran merah iaitu tahap tertinggi telah diisytihar di wilayah Andalusia yang menempatkan bandar utama Seville dan Cordoba itu.
9. Gunung berapi meletus di Iceland
Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku kira-kira 16.40 waktu tempatan pada Isnin.
10. Puluhan migran diselamatkan, 2 lagi bot dikesan
Pengawal Pantai mengumumkan bahawa 86 orang, termasuk enam wanita dalam keadaan kurang sihat telah diselamatkan daripada bot.
#NATO #Jepun #China #White House #sepanyol #gunung berapi #Nepal #Ukraine