awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa Asean bantah pelepasan air loji Fukushima Jepun - Laporan

Bernama
Bernama
11/07/2023
09:35 MYT
China gesa Asean bantah pelepasan air loji Fukushima Jepun - Laporan
Pelan pelepasan air Jepun, yang diumumkan pada April 2021 berdepan kritikan ketara dari China, Korea Selatan, Korea Utara dan Taiwan serta organisasi antarabangsa termasuk PBB. - Gambar fail/ Reuters
ANKARA: China menggesa negara anggota Asean membantah rancangan Jepun melepaskan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang dilanda bencana.
Beijing menggesa kenyataan pengerusi Mesyuarat Menteri Luar Asean ke-56 yang bermula pada Selasa di Jakarta Indonesia untuk menyatakan bantahan rancangan pelepasan air terawat Jepun, Agensi Anadolu memetik Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo melaporkan Isnin, memetik sumber diplomatik.
Pada rundingan peringkat kerja, Beijing juga meminta Indonesia, selaku Pengerusi Asean untuk mengelak daripada menggunakan istilah "air terawat" dalam kenyataan bersama yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
Menafikan pendirian China, Jepun berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat kesimpulan dalam laporan yang dikeluarkan Selasa lalu bahawa rancangan Tokyo "selaras dengan piawaian keselamatan global dan akan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar."
Korea Selatan berkata ia menghormati hasil semakan IAEA manakala China mengkritik badan pemantau nuklear PBB, menggesa Tokyo untuk tidak melaksanakan pelepasan yang dirancang.
Kerajaan Jepun dan Tokyo Electric Power Company Holdings Inc., pengendali loji Fukushima, menyasarkan untuk mula melepaskan air ke laut sekitar musim panas selepas ia menjalani proses untuk mengeluarkan kebanyakan radionuklid kecuali tritium.
Pelan pelepasan air Jepun, yang diumumkan pada April 2021 berdepan kritikan ketara dari China, Korea Selatan, Korea Utara dan Taiwan serta organisasi antarabangsa termasuk PBB.
AS menyokong cadangan itu berikutan perbincangan bertahun-tahun mengenai menangani lebih 1 juta tan air yang disimpan di kompleks nuklear Fukushima sejak bencana 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ASEAN
#pelepasan sisa air loji nuklear
#Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan