awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan migran diselamatkan, 2 lagi bot dikesan

Bernama
Bernama
11/07/2023
07:01 MYT
Puluhan migran diselamatkan, 2 lagi bot dikesan
Pengawal Pantai Sepanyol menemukan satu daripada tiga bot membawa migran yang dikhuatiri hilang di Lautan Atlantik ketika cuba sampai ke Kepulauan Canary, Sepanyol dari pantai Afrika Utara. -Gambar fail/Reuters
MADRID: Pengawal Pantai Sepanyol menemukan satu daripada tiga bot membawa migran yang dikhuatiri hilang di Lautan Atlantik ketika cuba sampai ke Kepulauan Canary, Sepanyol dari pantai Afrika Utara.
Agensi Anadolu melaporkan pasukan penyelamat Sepanyol pada mulanya menghantar pesawat pencarian ke kawasan itu dan menjumpai bot yang membawa 200 pendatang kira-kira 132 kilometer (82 batu) ke selatan Pulau Gran Canaria dan kemudian mengarahkan bot lain ke lokasi.
Pengawal Pantai mengumumkan bahawa 86 orang, termasuk enam wanita dalam keadaan kurang sihat telah diselamatkan daripada bot.
Usaha sedang dijalankan bagi membawa pendatang ke darat dan meneruskan pencarian untuk dua bot yang lain, tambahnya.
Perkembangan terbaharu berikutan amaran daripada kumpulan bantuan pendatang Walking Borders mengenai tiga bot itu yang hilang sejak 15 hari lalu.
Terdapat kira-kira 200 migran menaiki satu daripada tiga bot ketika bot kedua sekitar 65 orang manakala bot ketiga 60 orang.
Sekurang-kurangnya 559 pendatang termasuk 22 kanak-kanak maut ketika cuba memasuki Kepulauan Canary pada 2022, menurut data Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal pantai Sepanyol
#bot membawa migran
#Lautan Atlantik
#Kepulauan Canary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan