awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang kemuncak NATO berlangsung di Vilnius, Lithuania

Bernama
Bernama
11/07/2023
08:53 MYT
Sidang kemuncak NATO berlangsung di Vilnius, Lithuania
Ia akan mengambil langkah penting dengan menerima pakai tiga rancangan pertahanan serantau baharu bagi menentang dua ancaman utama kepada NATO - Rusia dan keganasan.
VILNIUS: Para pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan sidang kemuncak dua hari di Vilnius bermula Selasa untuk membincangkan pelbagai isu.
Sidang kemuncak itu dijangka menangani cabaran paling mendesak perikatan itu, menyokong langkah mengukuhkan lagi pencegahan dan pertahanan NATO serta membawa Ukraine lebih dekat dengan perikatan itu.
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata komuniti sidang kemuncak akan mengambil langkah penting dengan menerima pakai tiga rancangan pertahanan serantau baharu bagi menentang dua ancaman utama kepada NATO - Rusia dan keganasan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Stoltenberg, 300,000 tentera termasuk keupayaan tempur udara dan laut akan menyokong rancangan itu.
Selain itu, sekutu dikehendaki menyokong Pelan Tindakan Pengeluaran Pertahanan yang bertujuan untuk "meningkatkan kapasiti, permintaan agregat dan meningkatkan kesalingoperasian" serta komitmen pelaburan pertahanan yang lebih bercita-cita tinggi dengan membelanjakan sekurang-kurangnya dua peratus daripada KDNK tahunan untuk pertahanan.
Penyertaan Sweden ke dalam perikatan itu turut menjadi antara agenda utama.
Pada Rabu, mesyuarat peringkat ketua-ketua negara dan Majlis NATO-Ukraine akan berlangsung.
Mengenai pertemuan itu, Stoltenberg berkata sebelum ini beliau menjangkakan sekutu bersetuju dengan pakej merangkumi tiga elemen untuk membawa Ukraine lebih dekat dengan NATO.
Pakej itu akan merangkumi program bantuan berbilang tahun untuk memastikan kesalingoperasian, hubungan politik yang dinaik taraf, dan pengesahan semula bahawa Ukraine akan menjadi ahli NATO.
Bagaimanapun, beliau sering menegaskan bahawa Ukraine tidak akan menyertai pakatan itu jika konflik dengan Rusia masih berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
#sidang kemuncak
#Vilnius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan