Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 13, 2023 15:43 MYT
Julai 13, 2023 15:43 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Julai 2023.
Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada Rabu mengumumkan kemunculan syarikat kecerdasan buatan baharu, xAI.
Satu kajian baharu mendapati berlaku penularan SARS-CoV-2 daripada rusa kepada manusia hasil analisis sampel yang diambil daripada haiwan itu, lapor Xinhua.
India dan Britain mencapai kemajuan dalam isu penting dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia, lapor Sputnik.
Rusia mengesahkan pada Rabu mengenai kesediaannya untuk menyelaras usaha mengenai keterjaminan makanan dan tenaga dengan China dan Indonesia.
Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) di luar pantai timurnya pada Rabu.
Ratusan penduduk di New Delhi, India terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat berterusan yang mengundang risiko banjir apabila paras air sungai meningkat.
Seorang personaliti televisyen terkemuka Britain, Huw Edwards, telah dikenal pasti oleh isterinya sebagai penyampai berita BBC yang menghadapi dakwaan membayar seorang anak muda beribu-ribu pound untuk gambar seksual yang eksplisit.
Sepucuk surat mengandungi 'jari manusia' yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, pada 14 Julai, lapor Sputnik memetik media Perancis pada Rabu.