awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk umum xAI, pencabar baharu teknologi kecerdasan buatan

Irdina Ishak
Irdina Ishak
13/07/2023
06:15 MYT
Elon Musk umum xAI, pencabar baharu teknologi kecerdasan buatan
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk mengumumkan kemunculan syarikat kecerdasan buatan baru, xAI. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada Rabu mengumumkan kemunculan syarikat kecerdasan buatan baharu, xAI.
Menurut laman web syarikat, Musk yang juga pemilik Twitter dan pasukannya akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai xAI dalam perbualan Twitter Spaces secara langsung pada Jumaat.
1. xAI bertujuan untuk memahami sifat sebenar alam semesta.
2. Pasukan di belakang xAI terdiri daripada profesional berpengalaman yang pernah bekerja di organisasi terkenal seperti DeepMind, OpenAI, Google Research, Microsoft Research, Twitter dan Tesla.
3. Musk meletakkan xAI sebagai pesaing kepada syarikat seperti OpenAI, Google dan Anthropic, yang terkenal dengan chatbot terkemuka mereka.
4. Musk menyatakan kebimbangan mengenai syarikat AI sedia ada yang mengutamakan 'politically correct' sekali gus mempunyai rancangan untuk AI baharu yang dipanggil "TruthGPT."
5. xAI akan menumpukan matematik pembelajaran mendalam (mathematics of deep learning) dan bertujuan membangunkan teori segala-galanya untuk 'jaringan saraf' di mana ia akan membawa AI ke peringkat seterusnya.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#xAI
#Twitter Spaces
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan