awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu

Bernama
Bernama
13/07/2023
07:16 MYT
Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu
Wan Muhamad Noor berkata perikatan yang terdiri lapan parti diketuai oleh MFP dan parti politik lain sepakat untuk meluangkan masa enam jam bagi mengadakan perbincangan. - Gambar fail
BANGKOK: Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Speaker Dewan Rakyat Wan Muhamad Noor Matha berkata perikatan yang terdiri lapan parti diketuai oleh Parti Move Forward (MFP) dan parti politik lain sepakat untuk meluangkan masa enam jam bagi mengadakan perbincangan, sebelum Ahli Parlimen mengundi kira-kira pukul 5 petang.
Beliau berkata selepas perbincangan selesai, Ahli Parlimen akan mengemukakan cadangan sama ada calon perlu menjelaskan visi mereka sebagai pemimpin kerajaan Thailand atau tidak.
Menurut perlembagaan untuk menjadi perdana menteri, calon perlu mendapat sokongan majoriti 750 ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau sekurang-kurangnya memperoleh 376 undi.
Terdahulu, dilaporkan bahawa pemilihan perdana menteri baharu akan berlangsung pada 13, 19 dan 20 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU Thailand
#politik thailand
#pemilihan Perdana Menteri
#undian parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan