ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Julai 2023.

1. Tentera Wagner ditawar terus berperang di Ukraine

Presiden Vladimir Putin berkata anggota syarikat tentera swasta Rusia, Wagner, boleh terus bertempur di Ukraine di bawah pemerintahan sendiri walaupun pernah melakukan pemberontakan terhadap kepimpinan Moscow, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

2. India tolak resolusi Parlimen Eropah mengenai keganasan di Manipur

Kerajaan India menolak resolusi yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah berhubung keganasan yang berpanjangan di negeri Manipur di timur laut India, dengan menyifatkannya sebagai "campur tangan dalam hal ehwal dalaman India."

3. Jerman umum kurangkan kebergantungan terhadap China

Jerman mendedahkan strategi negara itu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ekonomi kedua terbesar di dunia, China khususnya dalam "sektor kritikal" termasuk perubatan, bateri litium yang digunakan dalam kereta elektrik selain elemen-elemen penting pembuatan cip.

4. ASEAN, negara rakan dialog tingkat kerjasama wujudkan rantau stabil dan makmur

Mesyuarat antara ASEAN dan beberapa negara rakan dialog pada Khamis menjurus kepada usaha meningkatkan kerjasama untuk mewujudkan rantau Asia Tenggara yang aman, stabil dan makmur, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

5. India akan beli 26 jet tempur Perancis

India akan membeli 26 pesawat tempur Rafale untuk tentera laut dan tiga lagi kapal selam Scorpene dari Perancis.

6. Lebih 4,000 penduduk di Seoul terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat

Hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan menjejaskan kira-kira 4,000 isi rumah di Seoul, Korea Selatan, manakala 134 penduduk di seluruh negara dipindahkan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap pada Jumaat.

7. Keterjaminan makanan: Presiden Nigeria isytihar darurat

Presiden Nigeria Bola Tinubu mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas kepada inflasi tinggi yang mengancam keterjaminan makanan di negara paling ramai penduduk di Afrika itu, kata Dewan Negara pada Khamis, lapor Xinhua.

8. Enjin roket Epsilon S meletup semasa ujian - Agensi angkasa Jepun

Agensi angkasa Jepun berkata enjin roket Epsilon S yang sedang diuji meletup di timur laut Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua.

9. Bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin diperintah kembali ke penjara

Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin akan diperintah untuk menjalani hukuman di penjara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

10. Tuntutan LCS: Selepas haramkan 'Barbie', Vietnam mahu Netflix turunkan drama 'Flight to You'

Selepas mengharamkan tayangan filem "Barbie" kerana didakwa memaparkan babak sensitif tentang kedaulatan Laut China Selatan, kini Vietnam telah mengarahkan Netflix untuk menghalang penstriman drama China bertajuk "Flight to You" di negara itu, atas alasan yang sama.