JERMAN mendedahkan strategi negara itu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ekonomi kedua terbesar di dunia, China khususnya dalam "sektor kritikal" termasuk perubatan, bateri litium yang digunakan dalam kereta elektrik selain elemen-elemen penting pembuatan cip.
Portal berita CNN melaporkan, kerajaan Jerman buat pertama kalinya menerbitkan dokumen "Strategi Mengenai China” yang memberi tumpuan bahawa Berlin harus menguruskan sikap kebergantungan kepada negara kuasa kedua ekonomi dunia itu.
Dokumen setebal 40 halaman itu turut menekankan kritikan terhadap rekod hak asasi manusia oleh Beijing dan sikap mereka terhadap undang-undang
China merupakan rakan dagang yang paling penting bagi Jerman dengan import dan eksport antara kedua negara tersebut mencapai nilai hampir €300 bilion (AS$335 bilion) pada tahun 2022, menurut kerajaan.
"China telah berubah. Akibat daripada ini dan keputusan politik China, kami perlu mengubah pendekatan terhadap China," kata dokumen tersebut yang dibentangkan dan dipersetujui oleh Kabinet setelah berbulan-bulan ditunda.
China rakan penting Jerman dalam menangani perubahan iklim, pandemik, dan pembangunan lestari, kata dokuemen strategi kerajaan itu lagi.
Namun begitu, kata dokumen itu: China "lebih terdorong mengejar kepentingan mereka sendiri dan cuba dengan pelbagai cara untuk mengubah peraturan yang sedia ada dalam tuntutan antarabangsa berdasarkan peraturan."
Dokumen tersebut turut memberi penekanan bahawa ekonomi terbesar di Eropah itu ingin mempertahankan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan China, namun, dalam masa sama mengurangkan ketergantungan dalam sektor-sektor kritikal dengan mengalihkan rantaian bekalan mereka - matlamat yang disebut sebagai "mengurangkan risiko."
Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam ciapan di Twitter menyebut: "Tujuan kami (Jerman) bukanlah untuk berpisah (dari Beijing), tetapi kami mahu mengurangkan kebergantungan yang kritikal pada masa depan."
Dokumen tersebut memaklumkan, Jerman terlalu bergantung pada China dalam teknologi perubatan dan farmaseutikal termasuk antibiotik serta dalam teknologi maklumat.
"Dalam bidang utama, Kesatuan Eropah (EU) tidak boleh bergantung pada teknologi dari negara-negara [bukan UE] yang tidak berkongsi nilai-nilai asas kita," kata dokumen itu lagi. - Agensi
Agensi
Fri Jul 14 2023
Kerajaan Jerman umum akan mengurangkan kebergantungan terhadap China khususnya dalam "sektor kritikal" termasuk perubatan, bateri litium yang digunakan dalam kereta elektrik. - Gambar fail REUTERS
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.