awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2023
15:49 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Julai 2023.
1. Rombakan Kabinet libat menteri komunikasi di Indonesia
Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, pada Isnin mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan seorang menteri dan lima timbalan menteri.
2. Korea Selatan lulus RUU mengenai hukuman lebih berat untuk kes pembunuhan bayi
Hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat.
3. Syarikat di Vietnam berdepan kesukaran gaji kakitangan profesional - Laporan
Banyak syarikat di Vietnam berdepan kesukaran untuk menggaji kakitangan di peringkat profesional tahun ini, terutamanya disebabkan kemahiran tidak memenuhi kriteria yang diperlukan.
4. Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai timur laut AS
Lebih 1,500 penerbangan masuk dan keluar dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan setakat petang Ahad berikutan ribut melanda timur laut negara itu pada hujung minggu.
5. Singapura: PM Lee terima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker, MP dan anggota PAP
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menerima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker Parlimen, Ahli Parlimen (MP), dan juga ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP).
6. Malaysia perlu jadi negara 'middle power', terus amal dasar berkecuali - Zambry
Malaysia perlu mempunyai pendekatan untuk dilihat sebagai sebuah negara berkuasa tengah atau 'middle power', dengan mempunyai polisi-polisi yang pragmatis dalam mendepani kesan geopolitik dunia.
7. OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
8. Kebakaran di Lapangan Terbang Catania Itali, penerbangan digantung
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania di selatan Itali digantung ekoran kebakaran pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
9. Lima terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh di utara Mesir
Di wilayah Beheira, dua orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Rashid City.
10. Sekurang-kurangnya 3 maut, puluhan lagi hilang bot karam di Bangladesh
Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 25 lagi hilang pada Ahad, selepas sebuah bot karam di Sungai Buriganga di Bangladesh.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Bangladesh
#Joko Widodo
#Vietnam
#Singapura
#Lee Hsien Loong
#Fumio Kishida
#Jerman
#Korea Utara
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan