awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura: PM Lee terima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker, MP dan anggota PAP

Bernama
Bernama
17/07/2023
07:15 MYT
Singapura: PM Lee terima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker, MP dan anggota PAP
"Peletakkan jawatannya adalah perlu, bagi mengekalkan standard kewajaran dan kelakuan peribadi yang tinggi yang dipertahankan PAP selama ini," kata Lee. - Gambar fail/Facebook
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menerima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker Parlimen, Ahli Parlimen (MP), dan juga ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkuat kuasa serta merta.
"Peletakkan jawatannya adalah perlu, bagi mengekalkan standard kewajaran dan kelakuan peribadi yang tinggi yang dipertahankan PAP selama ini," kata Lee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Lee berterima kasih kepada Tan kerana menjadi sebahagian dari pasukannya, dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya.
Tan ialah ahli parlimen bagi kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan Marine Parade (GRC).
Dalam pertukaran suratnya dengan Tan, Lee berkata beliau menghargai pengakuan Tan bahawa beliau telah gagal dalam soal kelakuan peribadinya.
Lee berkata beliau memahami hasrat Tan untuk "berundur dari arena politik dan membantu memulihkan keluarganya".
"Saya pernah bercakap dengan anda sebelum ini. Anda mengakui bahawa apa yang anda lakukan adalah salah dan bersedia meletakkan jawatan," kata Lee.
Mengenai kenyataan Tan baru-baru ini di Parlimen, Lee berkata Tan telah membuat memohon maaf secara terbuka dan kepada Ahli Parlimen berkenaan serta Ahli Parlimen itu telah menerima permohonan maafnya.
"Tetapi anda melafazkan ketika anda bertindak sebagai Speaker, menjadikan perkara ini lebih serius," kata Lee.
Tan telah dikritik pada minggu lalu kerana menggunakan "bahasa yang tidak sesuai digunakan di Parlimen" dalam reaksinya terhadap ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parti Pekerja Jamus Lim.
Lee juga telah menerima peletakan jawatan Cheng Li Hui sebagai Ahli Parlimen, dan juga sebagai ahli PAP.
Beliau ialah Ahli Parlimen Tampines East dan Tampines GRC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Singapura
#tan chuan-jin
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan