awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2023
15:50 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
1. Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon perdana menteri Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.
2. Hubungan sulit: Dua ahli kanan parti pembangkang Singapura letak jawatan
Landskap politik Singapura dikejutkan dengan skandal luar nikah oleh dua ahli kanan parti pembangkang terbesar Singapura.
3. Lawatan PM Anwar ke Vietnam menyumbang kepada pengukuhan keyakinan politik - Duta
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam dari 20-21 Julai akan menyumbang kepada peningkatan terhadap keyakinan politik antara kedua-dua negara, menurut Duta Vietnam ke Malaysia Dinh Ngoc Linh.
4. Malaysia, Indonesia pertingkat kerjasama sektor pendidikan tinggi
Malaysia dan Indonesia hari ini meningkatkan kerjasama sektor pendidikan tinggi di bidang perubatan, sains dan teknologi serta pembangunan penyelidikan dan inovasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
5. ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
6. Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, selepas kapal selam peluru berpandu balistik nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di sini dan sesi perasmian dialog keselamatan Korea Selatan-AS yang baharu.
7. Tentera AS seberangi sempadan Korea Utara tanpa kebenaran - Setiausaha Pertahanan
Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dengan sengaja menyeberangi sempadan antara Korea ke Korea Utara tanpa kebenaran, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin mengesahkan kejadian itu pada Selasa.
8. PBB adakan mesyuarat pertama bincang risiko AI
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat pertama mengenai kecerdasan buatan (AI), pada Selasa.
9. China catat rekod suhu 52.2 darjah Celsius
Sebuah bandar terpencil di barat laut China mengalami suhu lebih 52 darjah Celsius pada Ahad, rekod tertinggi di negara itu.
10. Gelombang haba: WMO beri amaran risiko serangan jantung, kematian
Gelombang haba yang melanda hemisfera utara dijangka terus meningkat sekali gus membawa kepada peningkatan risiko serangan jantung dan kematian.
Topic Berkaitan
#Singapura
#hubungan sulit
#Anwar Ibrahim
#Vietnam
#Mohamed Khaled Nordin
#pendidikan
#Filipina
#Dadah
#Korea Utara
#tentera
#PBB
#AI
#China
#gelombang haba
#berita tumpuan
#antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan