ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Julai 2023.

1. Parti pimpinan PM Kemboja menang besar dalam pilihan raya Parlimen

Parti Rakyat Kemboja (CPP) memenangi 120 daripada 125 kerusi Parlimen, manakala lima lagi kerusi dimenangi Parti Funcinpec, dalam pilihan raya umum pada Ahad, menurut jurucakap parti itu pada Selasa.

2. Philippine President Ferdinand Marcos on state visit to Malaysia starting today

Philippine President Ferdinand Marcos Jr. will undertake a State Visit to Malaysia from Tuesday to July 27, marking his inaugural visit to the country.

3. Parliamentary vote to select Thailand PM postponed - Media

The speaker of Thailand's parliament has postponed a bicameral vote to select the country's next prime minister, local media reported on Tuesday, as a political deadlock drags on more than two months after a May general election.

4. Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

Korea Utara dilaporkan melancarkan peluru berpandu balistik di tenggara perairannya.

5. Protes tercetus di Israel selepas perundangan hadkan kuasa Mahkamah Agung dilulus

Perhimpunan besar-besaran tercetus di seluruh Israel pada Isnin selepas Ahli Parlimen meluluskan undang-undang pertama yang mengehadkan kuasa Mahkamah Agung, satu langkah penting dalam rancangan kontroversi kerajaan sayap kanan untuk merombak sistem kehakiman negara itu.

6. Kongres AS mesti semak semula kedudukannya berkaitan Israel

Resolusi Kongres Amerika Syarikat (AS) pada 18 Julai 2023 yang mengisytiharkan Israel bukanlah negara perkauman layak dikecam sepenuhnya oleh sesiapa yang bermoral dan mempunyai hati nurani.

7. PBB desak Rusia kembali ke Perjanjian Bijirin Laut Hitam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Rusia melaksanakan semula Perjanjian Bijirin Laut Hitam.

8. Ruang siber tidak wajar dijadikan 'medan perang'- Wang Yi

Keselamatan siber merupakan tunjang kepada keselamatan negara, dengan itu dalam menghadapi cabaran bersama, negara-negara berkaitan perlu meningkatkan komunikasi strategik, menetapkan arah kerjasama dan memelihara kepentingan bersama, kata Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.

9. Greece dalam krisis kebakaran teruk

Kebakaran hutan yang berlaku selama seminggu di pulau peranginan Greece, Rhodes memaksa lebih banyak pemindahan orang awam dilakukan.

10. Dinding Gua Hira diconteng, Arab Saudi beri peringatan

Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan memberi amaran kepada individu yang membuat sebarang kerosakan secara sengaja terhadap kemudahan awam di negara itu akan dikenakan hukuman.