ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Ogos 2023.

1. Sampel air masih selamat, kata pengendali loji nuklear Fukushima

Sampel air laut yang diambil setelah pelepasan air sisa terawat dari loji nuklear Fukushima, Jepun menunjukkan paras radioaktif yang masih dalam keadaan selamat, ujar pengendali TEPCO pada Jumaat.

2. Penduduk dunia resah pengambilan makanan laut dari Jepun

Pengumuman Jepun untuk pelepasan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk di negara jiran.

3. Iran secara rasmi anggotai BRICS

Iran secara rasmi menjadi anggota BRICS iaitu kesatuan ekonomi sedang pesat membangun, kata Timbalan Ketua Staf Hal Ehwal Politik Presiden Iran.

4. Indonesia masih menimbang dengan teliti untuk sertai BRICS - Jokowi

Indonesia masih mempertimbangkan dan meneliti mengenai penyertaannya untuk menjadi ahli BRICS, kata Presiden Joko Widodo.

5. Putin buka mulut isu kematian ketua Wagner, ucap takziah

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang maut pada Rabu apabila jet peribadi yang membawa ketua kumpulan tentera upahan Wagner Yevgeny Prigozhin terhempas di wilayah Tver Rusia, dilaporkan membunuh 10 orang.

6. Kematian ketua kumpulan Wagner disengajakan - Perisikan AS

Penilaian awal pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) menyimpulan bahawa kemalangan pesawat yang mengorbankan ketua kumpulan askar upahan Wagner Rusia, Yevgeny Prigozhin, sebagai satu langkah yang disengajakan oleh kepimpinan Rusia.

7. Kebakaran hutan di Evros, Greece diisytihar terbesar dalam 20 tahun

Kebakaran hutan yang berlaku pada Sabtu lepas di wilayah Evros timur laut Greece adalah yang terbesar di negara itu dalam dua dekad lalu, kata Balai Cerap Nasional Athens pada Khamis.

8. Kerajaan AS saman SpaceX, dakwa diskriminasi pengambilan pekerja

SpaceX milik Elon Musk mendiskriminasi pencari suaka dan pelarian dengan menghalang mereka daripada memohon pekerjaan dan enggan mempertimbangkan atau mengupah mereka kerana status kewarganegaraan mereka, dakwa Jabatan Kehakiman dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada Khamis , lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

9. Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia

Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Atlanta, Georgia pada Khamis dan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan berkaitan dakwaan cubaan membatalkan keputusan pilihan raya Georgia 2020.

10. Kanada kenakan sekatan baharu ke atas warga, entiti Rusia

Kanada pada Rabu mengumumkan sekatan tambahan terhadap empat individu dan 29 entiti yang mempunyai kaitan langsung dengan kompleks perindustrian ketenteraan Rusia serta sektor kewangan dan nuklearnya.