TEHRAN: Iran secara rasmi menjadi anggota BRICS iaitu kesatuan ekonomi sedang pesat membangun, kata Timbalan Ketua Staf Hal Ehwal Politik Presiden Iran.

Iran menyertai kumpulan BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan sebagai ahli penuh, kata Mohammad Jamshidi di laman X, lapor IRNA pada Khamis.

Keahlian penuh BRICS disifatkan pencapaian bersejarah dan kejayaan strategik dalam dasar luar Iran, kata Jamshidi.

Sidang kemuncak XV BRICS yang berlangsung selama tiga hari mulai 22 Ogos sedang berlangsung di Johannesburg, di timur laut Afrika Selatan.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa. - BERNAMA