ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.


1. Korban kebakaran kilang di Taiwan cecah 9 orang, 1 masih hilang

Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran kilang dan letupan di sebuah taman perindustrian di Kaunti Pingtung di selatan Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).



2. AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov

Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi sesi ke-78 Pehimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.


3. UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan

Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan, menyaksikan Manila juga mempunyai tuntutan bertindih dengan Beijing.


4. Menteri Luar Rusia akan lawat Pyongyang bulan depan

Menteri luar Rusia akan melawat Korea Utara bulan depan sebagai sebahagian daripada langkah susulan kepada sidang kemuncak antara pemimpin kedua-dua negara baru-baru ini, lapor Agensi Berita Yonhap.


5. Asia Tenggara bukan medan "gadaian persaingan"

Asia Tenggara tidak akan menjadi medan untuk "gadaian persaingan" kerana ia menekankan pengukuhan kerjasama serantau, lapor Agensi Anadolu.


6. Sekurang-kurangnya 34 maut dalam kebakaran di depot bahan api haram di Benin

Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria pada Sabtu, kata Kementerian Dalam Negeri.


7. Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator

Mayat manusia ditemukan di dalam mulut aligator sepanjang 13 kaki, 8.5 inci, di terusan di Taman Botani Florida di Largo, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


8. Iran, Maldives pulih semula hubungan diplomatik

Iran dan Maldives memutuskan untuk memulihkan kembali hubungan diplomatik selepas tujuh tahun hubungan kedua-dua negara dingin, lapor Sputnik, memetik media Iran.


9. Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian isu Palestin - Menteri Luar Arab Saudi

Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada masalah Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud pada Sabtu, lapor Sputnik.


10. Cubaan masuk Rusia: Bekas komander Wagner ditahan di Norway

POLIS Norway menahan seorang bekas komander kumpulan upahan Wagner kerana disyaki cuba menyeberangi sempadan secara haram untuk kembali ke Rusia selepas mendapat suaka di Norway awal tahun ini.