Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 1, 2023 15:30 MYT
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Oktober 2023.
1. Bekas perdana menteri Fico menang pilihan raya Slovakia
Bekas perdana menteri Slovakia Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri Social Democratic memenangi pilihan raya parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
2. Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
3. Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Pasangan pengantin pada majlis perkahwinan yang berakhir dengan tragedi kebakaran di daerah Hamdaniya, Iraq, Revan mengakui sudah tidak mampu lagi tinggal di kampung itu akibat trauma yang amat mendalam.
4. Biden tandatangan rang undang-undang perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menandatangani rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek untuk memastikan kerajaan terus dapat beroperasi, lapor Agensi Anadolu.
5. Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
6. Pesuruhjaya Tinggi India dihalang memasuki gurdwara di Scotland
India pada Sabtu membangkitkan isu mengenai Pesuruhjaya Tinggi India Vikram Doraiswami tidak dibenarkan memasuki sebuah gurdwara di Scotland, menurut satu kenyataan rasmi.
7. Kongres AS lulus rang undang-undang perbelanjaan elak penutupan kerajaan
Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek bagi memastikan kerajaan masih dapat beroperasi dalam masa terdekat.
8. Kosovo mahu Serbia tarik balik semua unit tentera dari sempadan
Kerajaan Kosovo pada Sabtu mahu Serbia segera menarik balik semua unit tentera dari sempadan Kosovo.
9. Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup berikutan tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan India serta kerajaan sementara di Kabul.
10. Lombong emas runtuh di Zimbabwe ragut 9 nyawa
Seramai sembilan pelombong disahkan maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe pada Jumaat.
#berita antarabangsa #Pilihan #lombong emas #Kedutaan Afghanistan