awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi India dihalang memasuki gurdwara di Scotland

Bernama
Bernama
01/10/2023
05:14 MYT
Pesuruhjaya Tinggi India dihalang memasuki gurdwara di Scotland
Suruhanjaya Tinggi India di London berkata, seorang pelampau telah bertindak cuba membuka pintu kereta Pesuruhjaya Tinggi Vikram Doraiswami secara ganas. - Foto Instagram National Sikh Youth Federation
NEW DELHI: India pada Sabtu membangkitkan isu mengenai Pesuruhjaya Tinggi India Vikram Doraiswami tidak dibenarkan memasuki sebuah gurdwara di Scotland, menurut satu kenyataan rasmi.
Isu itu dikemukakan kepada Kementerian Luar dan polis United Kingdom.
“Pada 29 Sept 2023, tiga orang yang kesemuanya dari kawasan di luar Scotland sengaja mengganggu interaksi yang dirancang oleh Jawatankuasa Gurdwara untuk komuniti, Pesuruhjaya Tinggi dan Konsul Jeneral India. Interaksi ini untuk membincangkan isu komuniti dan konsular.
"Seorang pelampau bukan tempatan cuba membuka pintu kereta pesuruhjaya tinggi secara ganas - satu perkara yang memerlukan pertimbangan sewajarnya oleh pihak polis.
"Ini kerana tindakan pantas seorang penganjur campur tangan menyebabkan kejadian yang lebih besar dapat dielakkan," lapor Agensi Anadolu memetik Suruhanjaya Tinggi India di London.
Jawatankuasa Shiromani Gurdwara Parbandhak (SGPC) turut mengecam tindakan itu.
“Utusan UK tidak sepatutnya dihalang daripada memasuki gurdwara dan gurdwara adalah untuk setiap agama,” kata Setiausaha Agung SGPC, Gurcharan Singh Grewal.
Insiden itu berlaku di tengah-tengah perbalahan diplomatik antara India dan Kanada berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar di British Colombia.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Scotland
#Vikram Doraiswami
#Gurdwara
#Pesuruhjaya Tinggi India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan