ANKARA: Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.

Seorang cedera dalam letupan itu dam jalan di sekitar kawasan kejadian telah ditutup.

Punca letupan sedang disiasat.

Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya berkata terdapat percubaan serangan pengganas berhampiran bangunan kementerian di Ankara itu.

"Pada 9.30 pagi (0630 GMT), dua pengganas dalam sebuah kereta melakukan letupan itu di hadapan pintu masuk Direktorat Keselamatan Am Kementerian Dalam Negeri. Seorang daripadanya meletupkan diri sendiri, manakala yang kedua berjaya ditahan," kata Yerlikaya.

Dua pegawai polis cedera ringan dalam pertempuran dengan pengganas, katanya.

-- BERNAMA