Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 November 2023.
Kerajaan Qatar yang bertindak sebagai perunding antara Israel dan Hamas memaklumkan, gencatan senjata sementara seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan hampir tujuh minggu itu akan berkuat kuasa pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) ini (Jumaat).
Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.
Pihak berkuasa Israel mengesahkan akan membebaskan 39 rakyat Palestin yang dipenjarakan zionis itu sebagai memenuhi rundingan yang dicapai dengan Hamas.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, operasi ketenteraan zionis menentang pejuang Hamas akan kembali bersambung dengan “sepenuh kekuatan” selepas gencatan senjata sementara empat hari yang bermula hari ini berakhir.
Seorang jurugambar bebas untuk Agensi Berita Anadolu (AA) Montaser Al-Sawwaf berkongsi pengalaman pahitnya bagaimana beliau cedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan Al-Tuffah di sini.
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Selepas lebih sembilan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa dikesan, akhirnya proses perbicaraan tuntutan pampasan antara ahli keluarga mangsa dengan Malaysia Airlines, Boeing dan syarikat lain akan bermula di sini pada 27 November ini (Isnin).
Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu, kata seorang pegawai Jabatan Meteorologi India (IMD) pada Khamis.
Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
Aktres Lee Young-ae menzahirkan kepeduliannya terhadap Palestin dengan mendermakan RM200,000 kepada mangsa yang terlibat dalam konflik berdarah itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

