Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 28, 2023 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 November 2023.
1. Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Indonesia memulakan kempen presiden 2024 pada Selasa yang menyaksikan tiga calon bakal bersaing.
2. Singapura beku lebih 16,700 akaun bank disyaki terlibat penipuan pada 2022
Polis Singapura unit pasukan khas Anti Penipuan (SPF) membekukan lebih 16,700 akaun bank yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri K Shanmugam.
3. 'Terima kasih atas layanan berperikemanusiaan luar biasa Hamas' - Bekas tawanan
Pembebasan tawanan Hamas mendedahkan kepada dunia akhlak sebenar kumpulan pejuang Palestin itu yang cuba digambarkan sebagai kejam oleh
4. Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.
5. Aktivis, Ahli Kongres, pelakon AS lancar mogok lapar gesa gencatan senjata di Gaza kekal
Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.
6. Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
7. Indonesia manfaatkan mekanisme kewangan bagi tangani perubahan iklim
Sejumlah US$5 bilion dalam bon hijau sukuk global dan 21.8 trilion rupiah bagi sukuk hijau domestik diterbitkan sejak 2018.
8. Gencatan senjata ‘berita baik’, diharap akhiri perang - Hamas
Hamas harap komuniti antarabangsa terus memberi tekanan ke atas Israel berhubung tindakan kejam zionis itu.
9. Cristiano Ronaldo minta pengadil batalkan penaltinya
Pemain berusia 38 tahun itu jatuh dalam kotak penalti pada minit kedua selepas satu kekasaran ke atasnya.
10. 'Apa guna ada VAR?' - O'Neil bengang selepas Wolves tewas di Fulham
Willian berjaya menjaringkan sepakan penalti keduanya dalam perlawanan untuk memastikan tiga mata untuk Fulham.
#berita antarabangsa #Hamas #Gaza #Christiano Ronaldo