awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo minta pengadil batalkan penaltinya

Astro Arena
Astro Arena
28/11/2023
03:00 MYT
Cristiano Ronaldo minta pengadil batalkan penaltinya
Apabila pengadil dari China, Ma Ning, memberikan penalti, Ronaldo kelihatan bangun dan memohon keputusan itu dibatalkan. - Foto Astro ARENA
CRISTIANO Ronaldo terkenal dengan sensasinya menjaringkan gol. Tetapi pada malam Isnin, penyerang Al-Nassr itu meyakinkan pengadil untuk tidak memberikannya penalti.
Pemain berusia 38 tahun itu jatuh dalam kotak penalti pada minit kedua selepas satu kekasaran ke atasnya dalam perlawanan yang berkesudahan 0-0 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukannya dan pasukan Iran, Persepolis.
Tetapi apabila pengadil dari China, Ma Ning memberikan penalti, Ronaldo tampak segera bangun dan memohon keputusan itu dibatalkan.
Ning kemudian dihantar ke monitor tepi padang dan akhirnya menukar keputusannya.
Gabungan pembantu pengadil video dan kejujuran Ronaldo jelas menyelamatkan Persepolis.
Perlawanan diteruskan tanpa jaringan, dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
Al-Nassr telah pun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan di Riyadh.
Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di hadapan Persepolis di tempat kedua.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Al-Nassr
#Liga Juara-Juara Asia
#Persepolis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan