awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

Bernama
Bernama
28/11/2023
07:40 MYT
Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. - Gambar fail/ Reuters
BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
"Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)... Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.
Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandaraya Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.
Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan kemanusiaan
#Hospital Al-Shifa
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan