ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.


1. Pesawat tentera AS terhempas di perairan Jepun

Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.



2. Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke UAE sempena COP28

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk melakukan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu.


3. Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila

Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.


4. Dunia jangan hanya 'bermain kata' pertahan Palestin - Zambry

Kegagalan untuk membawa pelaku jenayah perang ke muka pengadilan hanya akan mengesahkan persepsi hipokrit, pilih kasih dan 'double standard'.


5. Rusia tawar pengecualian visa kepada pelawat Malaysia

Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin.


6. Gunung berapi Anak Krakatau meletus 87 kali tahun ini

Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda meletus sebanyak 87 kali pada tahun ini, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG).


7. 160 mayat ditemukan di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza

Data tidak rasmi menunjukkan kira-kira 6,500 orang masih hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita.


8. Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan

Kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.


9. Penduduk Gaza terdedah kepada risiko wabak berjangkit - WHO

WHO mengulangi kebimbangan mengenai peningkatan penyakit berjangkit terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak.


10. Israel sedia teruskan pertempuran selepas gencatan senjata

Herzi Halevi menyifatkan tentera IDF kini berada pada tahap kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran.