KUALA LUMPUR: Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin.
Beliau berkata perjanjian antara kerajaan yang berkaitan sedang diusahakan oleh kedua-dua negara.
Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk memudahkan akses pelancong Malaysia ke Rusia berikutan peningkatan minat rakyat Malaysia melancong ke negara itu.
"Kementerian luar kedua-dua negara sedang membincangkan draf perjanjian antara kerajaan mengenai rejim pengecualian visa dan kami percaya mungkin tahun depan, kami dapat menandatanganinya di peringkat kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis Jerayawara Jawatankuasa Pelancongan Bandar Moscow 2023 di sini pada Rabu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman
Zimin menegaskan bahawa kedua-dua negara juga bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja khusus mengenai Pelancongan semasa sesi kedua Suruhanjaya Bersama Rusia-Malaysia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau berkata pelancongan ditonjolkan sebagai satu daripada 11 sektor utama untuk kerjasama dua hala dalam minit perjanjian bersama.
"Kami berharap mereka boleh menjadi tuan rumah mesyuarat pertama kumpulan kerja mengenai pelancongan pada tahun 2024. Ini adalah tanda kepentingan bersama untuk kerjasama dalam sektor pelancongan, selain bukti potensi sektor pelancongan sebagai penggerak bagi hubungan ekonomi dua hala dan untuk pertumbuhan dalam interaksi antara rakyat," katanya.
Zimin berkata lebih 100,000 pelancong Rusia dijangka melawat Malaysia menjelang akhir tahun ini, dengan Rusia menduduki tempat ke-16 dalam kalangan pelawat asing Malaysia.
Sementara itu, Roslan berkata Malaysia menerima kira-kira 79,000 pelancong Rusia pada 2019, tetapi jumlah itu menurun dengan ketara pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.
Pada 2022, beliau berkata Malaysia mencatatkan kira-kira 33,000 ketibaan pelancong dari Rusia, manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 85,000 orang.
"Hubungan pelancongan yang semakin meningkat antara Malaysia dan Rusia menekankan hubungan dua hala yang teguh yang wujud antara kedua-dua negara. Pelancongan juga berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan manusia, memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap budaya masing-masing," katanya.
Jerayawara itu membawa delegasi syarikat pelancongan dari Moscow ke Malaysia sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk memperkenalkan agensi pelancongan tempatan dengan kelebihan daya saing di ibu negara Rusia dalam menarik pelancong asing.
Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerja dan menjalin perkongsian baharu antara mereka.
Dalam separuh pertama tahun ini, lebih 10.3 juta pelancong melawat ibu negara Rusia untuk meneroka seni bina yang luar biasa, pameran muzium yang jarang ditemui, makanan lazat dan sejumlah besar tempat untuk rekreasi keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin. - Foto BERNAMA
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
OIC kutuk serangan pengganas bersenjata di Rusia
Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas bersenjata di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat.