Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Disember 2023.
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara.
Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung, sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir pada pagi Jumaat.
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza, menurut pejabat media kerajaan Gaza pada Khamis.
Seramai 17 tebusan yang diculik dan ditahan selama berminggu-minggu oleh pejuang Hamas di Genting Gaza, dijangka akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di lapangan terbang Bangkok pada Khamis.
Raja Jordan, Abdullah gesa pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan antarabangsa untuk tingkatkan tekanan ke atas Israel bagi membenarkan lebih banyak bantuan masuk ke Gaza.
Hari pertama Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) menyaksikan negara anggota meluluskan secara rasmi dana bencana iklim.
Angka korban akibat banjir yang dicetuskan oleh fenomena El Nino di Kenya meningkat kepada 136 orang, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.
Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.
Kementerian Pertahanan India pada Khamis meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee (AS$26.7 bilion).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

