ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Disember 2023.

1. Hampir 70,000 isi rumah terjejas, banjir di selatan Thailand semakin buruk

Sekurang-kurangnya enam maut dan hampir 70,000 isi rumah terjejas berikutan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.

2. Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan

Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024, dan mengingatkan orang ramai supaya segera melengkapkan vaksinasi mereka di perkhidmatan kesihatan terdekat sementara masih percuma, lapor agensi berita ANTARA.

3. Kumpulan pelajar Indonesia serbu pusat penempatan Rohingya

Sekumpulan besar pelajar Indonesia menyerbu pusat penempatan yang diduduki ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar di Banda Aceh.

4. UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi selepas berlaku percubaan untuk mengusir etnik itu di Banda Aceh, Indonesia.

5. COVID-19: Delhi lapor kes pertama sub-varian JN.1, jangkitan di India meningkat

Delhi melaporkan kes pertama JN.1, sub-varian COVID-19 pada Rabu di tengah-tengah peningkatan jangkitan virus di negara itu.

6. 12 maut bas penumpang bertembung lori di India

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang dan sebuah lori bertembung di negeri Madhya Pradesh di tengah India pada Rabu malam.

7. Israel dakwa mula gempur beberapa kawasan di Gaza Tengah

Tentera Pertahanan Israel (IDF) pada Rabu mendakwa mereka sudah mula menyerang beberapa kawasan di Gaza, khususnya di sekitar Al Bureij dan Khan Younis.

8. Israel dakwa bantuan kemanusiaan ke Gaza dihalang oleh Hamas, PBB

Israel pada Rabu menuduh dan mendakwa kumpulan pejuang Hamas dan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA) sebagai penghalang kepada kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.

9. The New York Times saman OpenAI, Microsoft

Organisasi media Amerika Syarikat (AS), The New York Times menyaman OpenAI dan Microsoft pada Rabu dan mendakwa perisian AI berkenaan menggunakan jutaan artikel akhbar itu tanpa kebenaran untuk membantu melatih teknologi kecerdasan buatan AI (Chatbot) memberikan maklumat kepada pembaca.

10. Penyakit 'rusa zombi' merebak di Amerika Syarikat

Penyakit yang membawa maut digelar 'penyakit rusa zombi' dilaporkan merebak di seluruh Amerika Utara dan baru-baru ini dikesan di Taman Negara Yellowstone buat kali pertama.