Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.
Kerajaan Jepun pada Khamis melonggarkan peraturan visa untuk membolehkan pelajar asing tinggal dan mencari pekerjaan di negara ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik media tempatan.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria pada pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Jagan Chapagain.
Satu-satunya hospital yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menghentikan operasi pada Rabu akibat kekurangan bahan api.
Kerajaan Korea Selatan sedang berusaha untuk mengadakan rundingan pertama dengan kumpulan doktor tempatan di negaranya yang melakukan mogok kerja sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk menambah sekolah perubatan.
Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel membenarkan umat Islam menunaikan ibadat di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada bulan Ramadan selepas seorang menteri sayap kanan mencadangkan menghalang penduduk Palestin dari Tebing Barat yang diduduki daripada solat di sana.
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen.
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih daripada jangkitan, kata pihak Istana Norway.
Sebuah helikopter yang membawa enam orang telah terhempas di lautan pantai barat Norway.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

