awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria

Bernama
Bernama
29/02/2024
08:30 MYT
Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria
Mohamad berkongsi bahawa Malaysia telah menyalurkan bantuan sebanyak AS$999,975 kepada Syrian Association of the Red Cross melalui IFRC, menekankan komitmen negara dalam membantu mereka yang memerlukan. - FB Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria pada pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Jagan Chapagain.
Menerusi hantaran di X, Kementerian Luar berkata pertemuan itu diadakan di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia di ibu pejabat Eropah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.
Mohamad berkongsi bahawa Malaysia telah menyalurkan bantuan sebanyak AS$999,975 kepada Syrian Association of the Red Cross melalui IFRC, menekankan komitmen negara dalam membantu mereka yang memerlukan.
Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai cara efektif dalam meningkatkan akses bantuan kemanusiaan di Gaza dan bersetuju bahawa gencatan senjata adalah kunci untuk usaha kemanusiaan yang berkesan di rantau itu.
Selain itu, Timbalan Menteri Luar dan Setiausaha Agung menyatakan keyakinan mengenai kerjasama masa depan, khususnya meneroka potensi kerjasama strategik antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan IFRC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri Luar
#komitmen Malaysia
#bantuan kemanusiaan
#Syria
#IFRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan