ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mac 2024.


1. Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.



2. Blinken mula lawatan ke-6 di Asia Barat dengan misi akhiri perang

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken bertemu dengan Menteri Luar Arab Saudi di Jeddah, pada Rabu.


3. 'Malapetaka' jika Israel serang Rafah - UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai 'malapetaka' jika tentera Israel melancarkan pencerobohan darat di bandar Rafah, selatan Gaza.


4. EU, PBB gesa Israel benarkan lebih banyak bantuan ke Gaza

Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara bersama menggesa Israel membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.


5. “Saya bukan orang terbaik sebagai PM Ireland” - Leo Varadkar umum letak jawatan

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Ireland dan ketua parti Fine Gael serta-merta.


6. Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok

Korea Selatan menggantung lesen perubatan dua doktor dalam tindakan punitif pertama ke atas mogok selama sebulan yang menyebabkan kekacauan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara itu.


7. Arab Saudi hadkan hanya sekali tunai umrah semasa Ramadan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa jemaah tidak dibenarkan mengerjakan ibadah umrah lebih daripada sekali semasa bulan Ramadan.


8. Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menganugerahkan geran dan pinjaman hampir AS$20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan AS dalam pemberian subsidi pengeluaran cip terkini pada Rabu.


9. Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.


10. Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand

Kedutaan Malaysia di Thailand melalui Pejabat Kaunselor Pertanian melancarkan kempen untuk menawarkan platform bagi produk Malaysia memasuki pasaran Thailand.