awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2024
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mei 2024.
1. Malaysia sedia pimpin ASEAN ke arah kestabilan, kemakmuran - PM Anwar
Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada Khamis.
3. Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
4. Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin, lapor Agensi Anadolu.
5. Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara ibarat memberi hadiah kepada keganasan.
6. Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis
Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA). 7. Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu. 8. Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak pada Rabu menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu. 9. Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India Seorang Ahli Parlimen (MP) dari parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan telah dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata. 10. Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Ebrahim Raisi
#berita pilihan
#antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan