DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Oktober 2024.
Thailand menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025, sambil menekankan peranannya dalam memandu blok serantau itu menghadapi cabaran global yang mendesak.
Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin, dengan sebuah pesawat yang menuju ke New York dilencongkan ke New Delhi sebagai langkah keselamatan.
Penyedia perkhidmatan kesihatan di Amerika Syarikat kini mengalami kekurangan bekalan perubatan selepas Taufan Helene dan Milton mengganggu rantaian bekalan cecair intravena (IV).
Seorang lelaki yang memiliki dua senjata api berisi peluru serta pasport palsu ditahan berhampiran perhimpunan bekas Presiden Donald Trump di Coachella.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengecam keputusan pihak berkuasa Israel untuk merampas ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.
amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem anti-peluru berpandu canggih, bertujuan memperkukuhkan pertahanan udara Israel selepas serangan peluru berpandu Iran.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan satu rakaman video yang memaparkan operasi rejim itu yang didakwa berlaku di Gaza serta Lubnan.
Seramai 11 orang sekeluarga dari golongan Amish di Amerika Syarikat (AS) termasuk kanak-kanak, dikejarkan ke hospital selepas memakan cendawan beracun.
Lebih 60 orang cedera dalam serangan dron yang menyasarkan wilayah Binyamina di utara Israel, kata pakar perubatan.
Iran mengecam sekatan terbaharu Amerika Syarikat (AS) yang dianggap tidak sah, selepas menyasarkan industri minyaknya berikutan serangan peluru berpandu dilancarkan Tehran ke Israel, awal bulan ini.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami