awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina

Bernama
Bernama
20/11/2024
08:26 MYT
Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Veloso, yang berada dalam senarai hukuman mati di Indonesia, ditahan pada 2010 selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan 2.6 kilogram heroin dalam bagasinya. - Foto AP
MANILA: Kerajaan Indonesia telah bersetuju dengan permintaan Filipina untuk memindahkan pekerja Filipina di luar negara (OFW) Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan ke penjara tempatan, umum Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Rabu, lapor Philippine News Agency (PNA).
"Mary Jane Veloso akan pulang ke tanah air," kata Marcos dalam satu kenyataan, sambil menekankan bahawa kepulangan OFW itu adalah hasil daripada lebih sedekad diplomasi dan perundingan.
"Kisah Mary Jane sangat dekat dengan ramai orang: seorang ibu yang terperangkap dalam cengkaman kemiskinan, yang membuat satu keputusan terdesak yang mengubah perjalanan hidupnya. Walaupun dia dipertanggungjawabkan di bawah undang-undang Indonesia, dia tetap menjadi mangsa keadaan," kata Presiden.
Veloso, yang berada dalam senarai hukuman mati di Indonesia, ditahan pada 2010 selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan 2.6 kilogram heroin dalam bagasinya.
Dia diberi penangguhan hukuman pada saat akhir pada April 2015 apabila kerajaan Filipina memaklumkan Indonesia bahawa perekrut telah menyerah diri.
Marcos turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada rakan sejawatannya, Presiden Prabowo Subianto dan seluruh kerajaan Indonesia atas "niat baik" mereka.
"Keputusan ini mencerminkan kedalaman perkongsian negara kita dengan Indonesia - bersatu dalam komitmen bersama terhadap keadilan dan belas kasihan.
"Terima kasih, Indonesia. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan Mary Jane pulang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja Filipina
#Mary Jane Veloso
#Ferdinand R Marcos
#hukuman mati
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan