awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2025
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
1. Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan analisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen-komponen utama daripada serpihan pesawat termasuk enjin dan sayap utama di lokasi kejadian.
2. Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Mahkamah Rayuan New York pada Selasa menolak permohonan presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghentikan proses jatuh hukum yang dijadualkan pada Jumaat ini.
3. 92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
4. Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, menurut Polis Diraja Thailand.
5. Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan, sebagai sebahagian daripada perjalanan beliau ke tiga negara dari 13 hingga 17 Jan yang turut merangkumi Bahrain dan Jerman.
6. ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Tentera Amerika Syarikat yang didakwa meletupkan sebuah Cybertruck Tesla di luar Hotel Trump di Las Vegas, Nevada minggu lalu menggunakan ChatGPT untuk merancang serangan itu.
7. Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
8. Qatar sahkan rundingan gencatan senjata masih berlangsung
Kementerian Luar Qatar pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan antara pejuang Hamas dan Israel untuk mencapai perjanjian gencatan senjata masih diteruskan.
9. Hamas tegas syarat hentikan serangan Gaza untuk bebas tahanan
Hamas pada Selasa menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan sepenuhnya serangan ke atas Gaza di bawah sebarang perjanjian pembebasan tahanan.
10. Peningkatan jangkitan pernafasan di China masih dalam julat biasa musim sejuk - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menjelaskan bahawa peningkatan penularan virus pernafasan, khususnya "human metapneumovirus" (hMPV) di China, adalah sejajar dengan corak biasa musim sejuk, tanpa sebarang pengisytiharan kecemasan meskipun perkara itu mendapat perhatian ramai.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#Jeju Air
#ChatGPT
#berita global
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan