Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Mac 2025.
Seramai 694 orang terbunuh, 1,670 cedera dan 68 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengisytiharkan enam kondominium yang mengalami kerosakan teruk sebagai tidak selamat untuk didiami susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand pada Jumaat.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto merakamkan ucapan takziah dan berikrar memberikan sokongan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand.
PENGANALISA Bank of America kini membuat ramalan awal, mengatakan robot berbentuk manusia akan mencapai sekitar 3 bilion unit menjelang tahun 2060 kelak.
Penduduk di Yishun gempar selepas dua peminjam wang menerima bungkusan mengerikan daripada ceti haram atau Ah Long, masing-masing mengandungi bangkai tikus dan labah-labah hidup.
Myanmar perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan selepas gempa bumi kuat melanda negara itu pada Jumaat, menurut seorang ahli geofizik Jerman kepada agensi berita Jerman (dpa).
Singapura bersedia untuk mengerahkan kontinjen Operasi Lionheart untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bandar serta usaha bantuan bencana di Myanmar susulan gempa bumi kuat pada Jumaat, menurut Kementerian Luar (MFA).
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, pada Jumaat menegaskan bahawa pasukan keselamatan negara akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengganggu ketenteraman awam, sambil menuduh pembangkang sebagai pihak yang mencetuskan provokasi.
Palang Merah di Myanmar melaporkan kerosakan teruk susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


