awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital

Bernama
Bernama
28/03/2025
23:50 MYT
Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital
Urusan rasmi yang dijadualkan pada Jumaat dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memberi keutamaan kepada pemulihan baginda. - Foto AP
LONDON: Raja Britain, Raja Charles III kelihatan ceria pada pagi Jumaat ketika muncul di khalayak buat kali pertama sejak didedahkan baginda menerima rawatan di hospital akibat kesan sampingan daripada rawatan kansernya, lapor PA Media/dpa.
Baginda yang berusia 76 tahun tersenyum dan melambai ke arah rakyat ketika berangkat meninggalkan kediaman diraja Clarence House di London dengan menaiki sebuah Audi hitam.
Difahamkan, baginda menuju ke estet Highgrove di Gloucestershire.
Istana Buckingham pada Khamis malam mengumumkan bahawa Raja Charles "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" pada hari berkenaan.
Urusan rasmi yang dijadualkan pada Jumaat dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memberi keutamaan kepada pemulihan baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Charles
#ceria
#rawatan
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan