DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 April 2025.
Lebih banyak bantuan dan sokongan dari negara anggota ASEAN dijangka tiba di Myanmar pada Selasa bagi membantu operasi menyelamat dan pemulihan, ketika angka korban akibat gempa bumi besar minggu lepas terus meningkat.
Gempa bumi: Paetongtarn arah siasatan segera kejadian bangunan runtuh di Bangkok
2. Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengarahkan menteri berkaitan menjalankan siasatan berhubung bangunan Pejabat Audit Negara (SAO) yang runtuh susulan gempa bumi kuat pada magnitud 7.7 di Myanmar yang menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand pada Jumaat lepas.
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi hari ini (Selasa) selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.
Angka korban akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,719 orang, dengan 4,521 cedera dan 441 lagi masih hilang, menurut Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Min Aung Hlaing.
Sebuah pusat pengedaran Tesla di pinggir Rom terbakar awal Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 kenderaan elektrik musnah, menurut pihak berkuasa tempatan.
Di Pusat Inovasi Kebangsaan untuk Perikanan Digital di Beijing, dua robot ikan dengan kemasan logam yang anggun berenang dengan lancar dalam tangki pembiakan, mempamerkan penyelidikan canggih yang bertujuan merevolusikan penternakan ikan.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau berkemungkinan akan mengunjungi Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.
Donald Trump menegaskan, beliau “belum mempertimbangkan” untuk bertanding bagi penggal ketiga jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), ketika ditanya mengenai kemungkinan mencalonkan diri walaupun terdapat larangan dalam Pindaan Ke-22 Perlembagaan negara itu.
Serangan terbaharu Israel di Gaza dilaporkan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 322 kanak-kanak terbunuh dan 609 cedera dalam tempoh 10 hari terakhir, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Usahawan bilionair Amerika Syarikat, Elon Musk mengumumkan syarikat neuroteknologi miliknya, Neuralink, merancang untuk melakukan implan pertama cip otak Blindsight pada manusia bagi membantu individu yang mengalami masalah penglihatan menjelang akhir 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami