awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat pengedaran Tesla di Rom terbakar

Bernama
Bernama
01/04/2025
04:00 MYT
Pusat pengedaran Tesla di Rom terbakar
Sebuah pusat pengedaran Tesla di pinggir Rom terbakar awal Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 kenderaan elektrik musnah. - Gambar fail Bernama
ROM: Sebuah pusat pengedaran Tesla di pinggir Rom terbakar awal Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 kenderaan elektrik musnah, menurut pihak berkuasa tempatan.
Kebakaran yang dilaporkan berlaku sekitar 4.30 pagi waktu tempatan (0230 GMT) itu memusnahkan 17 kenderaan di bilik pameran serta merosakkan sebahagian struktur pusat pengedaran itu, meskipun pasukan bomba dan polis bertindak pantas.
Jabatan Bomba Rom memaklumkan kepada Xinhua bahawa siasatan sedang dijalankan dengan kemungkinan perbuatan khianat turut diambil kira. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan punca sebenar kebakaran.
"Kami tidak menolak sebarang kemungkinan pada peringkat ini, termasuk perbuatan khianat," kata jurucakap jabatan bomba.
Pihak berkuasa juga sedang meneliti rakaman sekurang-kurangnya tujuh kamera litar tertutup serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi mengumpul bukti.
Sementara itu, media tempatan membuat spekulasi kebakaran itu mungkin berkaitan dengan perbuatan khianat atau protes oleh kumpulan anarki.
Kebakaran di Rome itu berlaku susulan satu serangan berasingan terhadap kemudahan Tesla di Jerman awal bulan ini. Pada 5 Mac, kumpulan ekstremis alam sekitar yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kumpulan Volcano" mengaku bertanggungjawab atas serangan arson terhadap stesen pencawang elektrik berhampiran "gigafactory" Tesla di Berlin.
Kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik berskala besar dan memaksa pekerja kilang dipindahkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menjadi tumpuan di Eropah dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas secara terbuka menyuarakan sokongan kepada parti politik sayap kanan Jerman, AfD.
Hubungannya yang rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang telah mengumumkan tarif dan dijangka mengenakan satu lagi set tarif baharu terhadap rakan dagang termasuk sekutu Eropah, turut menarik perhatian antarabangsa.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Tesla
#17 kereta elektrik musnah
#pusat pengedaran Tesla
#Rom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan