DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 April 2025.
1. Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat melebihi 2,800 orang
Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Myanmar pada Jumaat lepas, meningkat kepada 2,886 orang, dengan 4,639 cedera dan 373 lagi masih hilang, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Rabu.
2. Angka korban kebakaran hutan Korea Selatan meningkat kepada 31
Angka korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan yang melanda wilayah tenggara sehingga minggu lepas meningkat kepada 31 orang.
3. Gaza "tempat paling bahaya" di dunia untuk petugas bantuan - Setiausaha Luar UK
Setiausaha Luar Britain menekankan keadaan berbahaya yang dihadapi petugas bantuan di Gaza dan menyifatkannya sebagai "tempat paling bahaya di dunia" bagi mereka yang memberikan bantuan kemanusiaan.
4. Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa pergunungan Laut Pasifik-Antartika - USGS
Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan Pergunungan Laut Pasifik-Antartika pada 0029 GMT Rabu.
5. Angka korban serangan udara Israel di Gaza meningkat kepada 13 pada hari ketiga Aidilfitri
Serangan udara Israel mengorbankan tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam beberapa serangan lewat Selasa yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Gaza.
6. Mangsa letusan gunung berapi temui 16 bom tangan aktif
Mangsa letusan gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT), menemukan 16 butir bom tangan dan 393 butir peluru yang dipercayai merupakan tinggalan zaman Perang Dunia Kedua.
7. Bantuan di Myanmar diperlukan sebelum monsun tiba - PBB
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meninjau kerosakan akibat gempa bumi di Myanmar menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera menyalurkan bantuan sebelum musim monsun yang dijangka bakal memburukkan keadaan.
8. PBB tolak dakwaan Israel makanan mencukupi di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak dakwaan Israel bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza adalah mencukupi untuk tempoh yang panjang.
9. AS tuntut hukuman mati ke atas Luigi Mangione
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Pamela Bondi, mengarahkan Pendakwa Raya Persekutuan supaya menuntut hukuman mati terhadap Luigi Mangione.
10. Rusia tolak cadangan AS untuk tamatkan perang Ukraine
Rusia menyatakan mereka tidak dapat menerima cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Ukraine dalam bentuk semasa.