awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tuntut hukuman mati ke atas Luigi Mangione

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2025
23:40 MYT
AS tuntut hukuman mati ke atas Luigi Mangione
Mangione, berusia 26 tahun, ketika mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Negeri New York. - Foto AP
NEW YORK: Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Pamela Bondi, mengarahkan Pendakwa Raya Persekutuan supaya menuntut hukuman mati terhadap Luigi Mangione.
Mangione merupakan suspek dalam kes pembunuhan Brian Thompson, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian insurans UnitedHealth Group, yang ditembak mati dalam satu insiden di New York tahun lalu.
Peguam pembela beliau, mengutuk keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, kerajaan persekutuan secara terang-terangan merancang untuk melaksanakan pembunuhan yang disokong oleh negara.
Mangione, berusia 26 tahun, telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Negeri New York, termasuk pertuduhan membunuh sebagai perbuatan keganasan serta memiliki senjata api secara haram, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol sekiranya disabitkan.
New York tidak mempunyai hukuman mati di bawah undang-undang negeri, namun Mangione turut berdepan pertuduhan persekutuan di Mahkamah Manhattan, di mana pendakwa raya kini akan menuntut hukuman mati seperti yang diumumkan oleh Bondi.
Mangione masih belum mengemukakan sebarang pengakuan terhadap pertuduhan di peringkat persekutuan, dan sekiranya didapati bersalah, keputusan mengenai hukuman mati akan ditentukan dalam satu fasa berasingan oleh juri secara sebulat suara.
Topic Berkaitan
#Luigi Mangione
#hukuman mati
#Brian Thompson
#Unitedhealth Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan