DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 April 2025.
1. Jepun catat 42,000 mayat tidak dituntut pada 2023 seiring peningkatan warga emas hidup sendirian
Seramai 42,000 mayat tidak dituntut oleh waris di Jepun pada 2023 dan telah dibakar atau dikebumikan oleh pihak berkuasa tempatan berikutan peningkatan jumlah warga emas yang hidup bersendirian tanpa sokongan keluarga, lapor Agensi Berita Kyodo.
2. Tarif AS boleh jejaskan 0.5 peratus KDNK Perancis - PM Bayrou
Pengenalan duti oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka akan menjejaskan ekonomi Perancis lebih 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik kenyataan Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou dalam satu wawancara dengan media tempatan.
3. Rusia lancar serangan udara baharu di Kiev - Tentera Ukraine
Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kiev apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine.
4. 47 cedera dalam kemalangan bas di lebuh raya Tokyo
Seramai 47 orang cedera, kebanyakannya pelancong asing selepas dua buah bas persiaran terlibat dalam kemalangan di lebuh raya barat Tokyo pada Sabtu.
5. Indonesia dan Perancis setuju perkukuh hubungan di sebalik serangan tarif Trump
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Perancis Emmanuel Macron bersetuju untuk mengekalkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kukuh susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif timbal balik terhadap beberapa negara.
6. Demonstrasi tolak pentadbiran Trump bermula di seluruh Amerika Syarikat
Ribuan rakyat Amerika Syarikat menyertai siri protes pada Sabtu sebagai tanda penentangan terhadap dasar-dasar Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
7. Mesir tolak pengusiran rakyat Palestin, beri amaran terhadap kebisuan dunia
Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
8. Israel hentikan 70 peratus bekalan air ke Gaza - Majlis Perbandaran
Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.
9. Warga AS ditahan di India kerana masuk 'pulau larangan'
Pihak berkuasa keselamatan India menahan seorang warga Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan memasuki kawasan larangan iaitu sebuah pulau di selatan India yang didiami Orang Asli suku "Sentinelese", menurut seorang pegawai polis tempatan, lapor Xinhua.
10. Mexico umum pelan AS$4 bilion tingkatkan keterjaminan makanan susulan tarif AS
Mexico akan melabur lebih AS$4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import susulan langkah tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), umum Kerajaan Mexico pada Jumaat, lapor Xinhua.