DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.


1. Tarif Trump: Pasaran saham Indonesia merosot sembilan peratus

Pasaran saham Indonesia merosot sembilan peratus pada awal Selasa, menyebabkan perdagangan dihentikan sementara selama 30 minit.



2. Musk dilapor minta Trump pertimbang semula tarif baharu

Musk menyokong mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan EU, walaupun Trump mengenakan tarif perdagangan terhadap kesatuan itu.


3. Gunung Semeru meletus tiga kali dalam 11 minit, kini pada tahap II waspada

Penduduk diingatkan untuk menjauhi kawasan berisiko tinggi, terutama di sepanjang Besuk Kobokan.


4. Grab perkenal GrabX, solusi canggih untuk semua gaya hidup

Langkah ini adalah untuk menjadikan Grab lebih relevan dalam kehidupan seharian rakyat Asia Tenggara.


5. Trump pecat pegawai kanan tentera AS di NATO

Seorang ahli Demokrat pelik bagaimana ada pihak boleh berdiam diri ketika Presiden Trump merosakkan institusi tentera dan negara Amerika.


6. Trump yakin perang Gaza akan tamat tidak lama lagi

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan hasratnya untuk melihat perang di Gaza ditamatkan segera dan menyuarakan keyakinan bahawa konflik tersebut tidak akan berpanjangan.


7. Kebakaran besar landa Paris, 200 anggota bomba dikerah ke lokasi

Satu kebakaran besar berlaku di Paris berhampiran kompleks mahkamah baharu yang direka oleh arkitek Itali, Renzo Piano, sekali gus menyebabkan asap memenuhi ruangan udara bandar itu pada Isnin.


8. Korea Selatan, Malaysia mulakan pusingan ke-8 rundingan FTA di Seoul

Pusingan terbaru perbincangan FTA dijadualkan bermula di Seoul untuk tempoh empat hari, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.


9. Presiden Syria pengerusi mesyuarat pertama Kabinet baharu

Pada 29 Mac lepas, Sharaa mengumumkan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 23 menteri, termasuk seorang wanita.


10. Tarif Trump: Peniaga Cina-AS bimbang kenaikan kos lebih tinggi

Stephen Miran berkata beliau bersedia untuk berunding dengan negara-negara yang sedang berusaha untuk mengelakkan tarif setinggi 50 peratus.






#berita pilihan #antarabangsa #NATO #ASEAN