awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musk dilapor minta Trump pertimbang semula tarif baharu

Bernama
Bernama
08/04/2025
07:10 MYT
Musk dilapor minta Trump pertimbang semula tarif baharu
Musk (kanan) secara peribadi meminta Presiden Donald Trump (kiri) untuk mempertimbang semula tarif baharu AS ke atas import dari beberapa negara, namun percubaan itu masih belum berjaya. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) Elon Musk secara peribadi meminta Presiden Donald Trump untuk mempertimbang semula tarif baharu AS ke atas import dari beberapa negara, lapor Washington Post, memetik dua sumber, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Elon Musk secara peribadi meminta Presiden Donald Trump untuk mempertimbang semula tarif baharu AS ke atas import dari beberapa negara, namun percubaan itu masih belum berjaya.
  • Trump mengancam untuk meningkatkan tarif baharu sebanyak 50 peratus ke atas import dari China jika Beijing tidak menarik balik langkah balasnya.
  • Musk menyokong mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan EU, walaupun Trump mengenakan tarif perdagangan terhadap kesatuan itu, dan Trump menandatangani perintah eksekutif memperkenalkan tarif "timbal balik" ke atas import dari negara lain.

Penerbitan itu melaporkan, pada hujung minggu, apabila Musk menghantar mesej di media sosial yang mengkritik seorang daripada penasihat kanan Rumah Putih, pembantu perdagangan Peter Navarro, berhubung rancangan tarif agresif Trump, beliau secara peribadi bersemuka dengan presiden.
Percubaan itu bagaimanapun masih belum berjaya: Trump pada Isnin mengancam untuk meningkatkan tarif baharu sebanyak 50 peratus ke atas import dari China sebagai tambahan kepada apa yang diumumkan jika Beijing tidak menarik balik langkah balasnya, menurut akhbar itu.
Pada Ahad, Musk mengumumkan sokongannya untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan EU, meskipun Presiden Trump sebelum ini mengenakan tarif perdagangan terhadap kesatuan itu.
Presiden AS menandatangani perintah eksekutif pada 2 April yang memperkenalkan tarif "timbal balik" ke atas import dari negara lain, menggelarnya sebagai "pembebasan". Kadar minimum asas ialah 10 peratus dan 20 peratus untuk barangan dari Kesatuan Eropah. Presiden AS menjanjikan hasil belanjawan daripada tarif sebanyak US$6-US$7 trilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tarif AS
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan