INTERNATIONAL
Grab perkenal GrabX, solusi canggih untuk semua gaya hidup

Ia menjadi satu pentas inovasi yang memperkenalkan pelbagai solusi baharu direka khas ‘For Every You’ untuk setiap sisi kehidupan pengguna. - Foto GrabX
SINGAPURA: Grab hari ini melakar sejarah dengan pelancaran acara GrabX yang pertama.
Ia menjadi satu pentas inovasi yang memperkenalkan pelbagai solusi baharu direka khas ‘For Every You’ untuk setiap sisi kehidupan pengguna.
Menurut Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan, langkah ini adalah untuk menjadikan Grab lebih relevan dalam kehidupan seharian rakyat Asia Tenggara.
“Inovasi GrabX adalah bukti komitmen kami dalam membina solusi berdasarkan teknologi canggih, tetapi dengan sentuhan manusia“Setiap ciri yang kami perkenalkan dibangunkan berasaskan falsafah ‘AI-First with Heart’ dengan meletakkan kecerdasan buatan di teras setiap pembangunan dan operasi kami, tanpa pernah melupakan siapa yang kami cipta teknologi ini untuk mereka”, kata Anthony Tan.
Solusi baharu untuk setiap anda:
1. Untuk anda yang berkeluarga
• Grab for Family | Teens menawarkan cara selamat dan boleh dipercayai untuk remaja bergerak sendiri, sambil memberi ketenangan kepada ibu bapa.
Ciri seperti pengesahan PIN, pemantauan perjalanan dan AudioProtect (yang bakal dipacu GenAI) memastikan keselamatan anak-anak anda sentiasa terjamin.
* Kini Grab menggunakan model bahasa AI untuk menilai saiz pesanan dan menghantar menggunakan 4-roda atau membahagikan pesanan agar sampai serentak.
2. Untuk anda yang solo
• GrabFood for One hadir untuk mereka yang makan seorang diri.
Tiada lagi kerisauan tentang nilai pesanan minimum dan pengguna boleh menikmati makanan lazat dengan yuran penghantaran tetap yang rendah.
• Shared Saver pula membolehkan pengguna “tumpang” pesanan orang lain di kawasan berhampiran tanpa perlu mengenali siapa mereka.
Ini meniimatkan penghantaran, tiada caj pesanan kecil, dan semuanya dihantar terus ke depan pintu.
3. Untuk anda yang suka meneroka
• Advance Booking (Airport Pickup) menjadikan perjalanan lapangan terbang lebih lancar, dengan pemandu disesuaikan secara automatik mengikut ketibaan penerbangan anda.
• Dine Out Discovery, dipacu oleh GrabMaps, membantu pengguna untuk mencari restoran terbaik di sekitar dan their lengkap dengan ulasan, gambar, menu dan diskaun makan di premis.
• Grab Travel Pass pula menjadikan pengembaraan antara negara di Asia Tenggara lebih mudah dan menjimatkan dengan baucar untuk pengangkutan, makanan dan lebih lagi, semuanya boleh dibeli dari aplikasi sebelum berlepas.
Di samping itu, Grab turut memperkenalkan Program Grab Early Access memberi peluang kepada pengguna awal untuk mencuba dan menambah baik inovasi terbaharu Grab.
Selain itu, Ketua Pegawai Produk Grab, Philipp Kandal, berkata, Grab 2025 ialah satu perjalanan melalui solusi yang direka khas untuk memperkayakan dan memudahkan pengalaman harian pengguna secara peribadi mahupun bersama komuniti.
“Dalam membangunkan solusi-solusi ini, matlamat kami adalah untuk menghapuskan kerumitan dan membuka ruang baharu agar pengguna dapat memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting, tidak kira peranan yang mereka mainkan dalam hidup mereka”, kata Philipp Kandal.
Grab merupakan superapp terkemuka di Asia Tenggara yang beroperasi merentasi sektor penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital.
Syarikat ini beroperasi di lebih 700 bandar di lapan negara Asia Tenggara termasuk Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami