[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 April 2025.
1. Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025 - Macron
Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf negara Palestin "dalam beberapa bulan akan datang."
2. Bitcoin naik 5.9 peratus susulan pengumuman penangguhan tarif 90 hari oleh Trump
Harga Bitcoin melonjak 5.9 peratus pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan selama 90 hari ke atas tarif melebihi 10 peratus bagi lebih 75 buah negara.
3. Brazil kembalikan keperluan visa untuk pelancong AS, Kanada, Australia
Brazil akan mengembalikan keperluan visa untuk pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada dan Australia mulai Khamis, sekali gus menamatkan pengecualian visa selama enam tahun yang dinikmati oleh warganegara dari negara-negara itu.
4. Malaysia yakin AIF jadikan ASEAN lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif - Amir Hamzah
Tabung Infrastruktur ASEAN (AIF) adalah mekanisma yang penting untuk menangani cabaran yang wujud dalam pembangunan infrastruktur serantau, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5. AS, Panama meterai perjanjian laluan percuma kapal perang AS di Terusan Panama
Amerika Syarikat dan Panama memeterai satu perjanjian rangka kerja yang memberi keutamaan dan pengecualian bayaran kepada kapal perang tentera AS untuk melalui Terusan Panama.
6. Bekas pemimpin pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung umum bertanding pilihan raya presiden
Lee Jae-myung, bekas pemimpin Parti Demokratik Korea Selatan yang merupakan parti pembangkang utama, mengumumkan pencalonannya bagi pilihan raya presiden menerusi satu mesej video.
7. Kertas putih hubungan dagangan China-AS didedahkan
Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Rabu menyiarkan kertas putih mengenai pendirian China dalam beberapa isu membabitkan hubungan ekonomi dan dagangan China-Amerika Syarikat (AS).
8. Angka korban akibat bumbung kelab malam runtuh meningkat kepada 184
Angka korban akibat bumbung di sebuah kelab malam runtuh di Santo Domingo, Republik Dominican meningkat kepada 184 orang setakat Rabu.
9. Angka korban gempa bumi di Myanmar meningkat lebih 3,600
Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu meningkat kepada 3,649 orang, manakala 5,018 lagi dilaporkan cedera dan 145 masih hilang.
10. Menteri Ekonomi ASEAN tolak pengiraan tarif AS, anggap regresif untuk pertumbuhan
Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dan Timor Leste sependapat menolak kaedah pengiraan dan tarif timbal balas Amerika Syarikat - dengan nilai 10 hingga 40 peratus – yang akan mewujudkan impak terhadap trajektori pembangunan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
#berita pilihan #Antarbangsa #ASEAN #tarif