INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Mei 2025.
1. Ratusan ribu penduduk Gaza hanya makan sekali setiap dua atau tiga hari - UNRWA
Lebih 66,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
2. India cadang tarif sifar ke atas keluli, farmaseutikal dari AS - Laporan
Tarif sifar itu akan dikenakan mengikut ambang import tertentu, dan barangan yang melebihi paras itu akan tertakluk kepada kadar tarif biasa.
3. 12 maut, 23 cedera dalam nahas bas di Sumatera Barat
Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.
4. Ketidakadilan sosial tentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan - WHO
Faktor sosial serta keadaan kurang bernasib baik dan diskriminasi menentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan.
5. Xi, pemimpin EU bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik
Presiden China Xi Jinping pada Selasa saling bertukar ucapan tahniah dengan Presiden Majlis Eropah Antonio Costa dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Kesatuan Eropah (EU).
6. Ahli Kongres AS kecam rancangan pemindahan paksa Netanyahu sebagai genosid
Tlaib mengutuk tindakan tersebut sebagai satu bentuk genosid dan menegaskan bahawa dunia tidak boleh berdiam diri terhadap situasi yang semakin memburuk di Gaza.
7. Penjual kereta Jerman turunkan harga kenderaan elektrik - Pakar
Sejak Januari, diskaun EV meningkat sebanyak tiga mata peratusan, bersamaan penjimatan melebihi EUR1,000 (AS$1,132) bagi model biasa.
8. Prabowo mahu kos haji Indonesia lebih murah dari Malaysia
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa kerajaan akan terus berusaha menurunkan kos perjalanan haji bagi rakyat Indonesia kerana dianggarkan masih mahal berbanding Malaysia.
9. UK rancang hadkan visa untuk warganegara tertentu
United Kingdom (UK) merancang untuk mengehadkan permohonan visa daripada warganegara yang dianggap berisiko tinggi untuk menetap lebih lama daripada tempoh dibenarkan.
10. Pentadbiran Trump tawar AS$1,000 kepada migran tanpa dokumen untuk pulang secara sukarela
Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kos pengusiran dan memberikan pilihan yang lebih selamat dan bermaruah kepada pendatang tanpa izin.